Kelas Microsoft Office (Word) Minggu Ketiga

22 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad - 21 April 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Microsoft Office iaitu Microsoft Word. Kelas ini telah dihadiri seramai 3 orang peserta yang terdiri daripada belia,suri rumah dan usahawan tempatan. Kelas ini diadakan pada jam 2.00 petang hingga 4.30 petang di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.

Tujuan kelas ini diadakan bagi memenuhi permintaan peserta yang ingin belajar mendalami penggunaan Microsoft Office iaitu Microsoft word.Dengan adanya kelas seperti ini,peserta berpeluang mempelajari format asas Microsoft Word dengan lebih mendalam.Pada kelas ini,peserta mempelajari cara menggunakan format pada bahagian insert.Untuk bahagian Insert ini,peserta telah menghasilkan Table dan Illustration menggunakan word.Aktiviti pertama, peserta belajar mengubahsuai saiz Table ,menambah,membuang row dan column pada table,dan juga mengubah format warna dan jenis garisan pada table.Aktiviti kedua,peserta mempelajari memuat naik gambar samada dari komputer atau menggunakan online.Mereka belajar cara mengubahsuai gambar mengikut kreativiti masing-masing.Aktiviti terakhir,peserta mempelajari bagaimana cara menghasilkan lukisan menggunakan Shape.Antara aktiviti tambahan semasa kelas ini adalah tayangan dan taklimat ringkas mengenai video advokasi penipuan dalam talian.

Antara aktiviti dan latihan yang diadakan sepanjang kelas adalah seperti berikut:
1.Tayangan video advokasi –Penipuan dalam talian
2.Taklimat ringkas video advokasi – penipuan dalam talian
3.Menghasilkan Table-Memadam , menambah row dan colomn table
4.Menukar format warna dan jenis garisan pada table.
5.Memuatnaik dan mengubahsuai gambar.
7.Menghasilkan lukisan menggunakan Shape.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali